SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, April 2, 2017

EARLY PREP

Kesah tengah hari Jumaat...

Waktu rehat kan agak lama. Sempatlah kalau nak masak. Plus, bahan2 aku dah siapkan malam sebelumnya. Lebih mudah, jimat masa & tenaga.

'Hero' of the day adalah sotong. Resepi dah google seminggu sebelum kejadian. Early prep kata ko..! Ha3...

~ Siap!

Nasik putih
Sotong masak lemak
Ikan pelata masin goreng

Maka, makanlah kami berdua dengan berseleranya... ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 28, 2017

KONSEP CITARASA

Less is more.

Ini konsep citarasa tekak aku. Tak perlu lauk pelik2 & bermacam2. Yang simple2 pun dah cukup. Yang penting kombinasi. Kalau kena & ngam ho, kompom makan berselera tahap mak mertua lalu pun aci boh layan je. He3...

~ Nasik putih + sambal sardin dengan kentang + telur dadar.

Aku rasa memang sesuai sangat dah kombinasinya tuh. Buat juadah sahur pun thorrbahekkk..! Untuk juadah berbuka puasa pun ok. Sebab kalau dah lapor, mende apa pun nampak sodap kan... He3...

Citarasa tekak korang macam mana pulak? Kalau sama, kita geng. Kalau tak sama pun, boleh la... geng jugak la... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 27, 2017

REALLY INSPIRING

Bento versi aku pengertiannya adalah bermusim. Maksudnya, bukan hari2 rajin buat. Bukan hari2 ada cukup masa nak buat.

Jadik, kalau mood rajin tu wujud & sempat nak prepare, memang aku takkan lepaskan peluang untuk cipta bento. Kita lebih paham citarasa sendirik. Kita jugak tau apa yang kita masak.

~ Maka dengan itu, terhasillah bento ini.

Nasik putih
Udang masak lemak cili padi
Ikan gelama goreng
Anggur

Alhamdulillah... ;)

Seronok sebenarnya mencipta bento ni. Sejenis kepuasan hati. Nak istiqomah tu je yang payah sikit. Hu3...

Aku kagum betul dengan sorang kakak senior masa kat SMSS. Istiqomah betul dia buat bento untuk 2 orang anak. Hari2 anak2 dia makan bento kat sekolah. Bento yang complete, seimbang gizinya & dibuat dengan penuh kasih sayang. 

Siap ada hashtag #LunchBoxofTheDay yang setiapnya ada fakta / info menarik yang dia tulis atas kertas warna yang digunting comel. Kadang2 simpulan bahasa... kadang2 sains... kadang2 macam fakta National Geographic pun ada jugak... Tulisan tangan. Extra2 sentimental value. 

Really inspiring. 

Sampai buat aku berangan... 1 hari nanti, aku pun akan cuba buat effort yang sama untuk anak2 aku & Oppa. In shaa Allah... Aminnn... ;)

Korang lunch apa hari ni? Bento ke... tapau kedai?


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 22, 2017

KITA PUSING2 DULU..!

Lunch date dengan Oppa.

Tak tau nak makan kat mana dah. Bukan berlagak... Tapi, maksudnya lebih kepada nak tukar selera. Hari2 nasik campur akan mendatangkan kejemuan jugak kan...

Jadik, solusi ia adalah... kita pusing2 Teluk Intan dulu. Setelkanlah urusan2 yang kategori small matters tuh. Contohnya seperti membeli tile untuk kegunaan site Oppa, withdraw duit & etc. Mana tau, kot2 dalam masa dok pusing2 tu ter-datang idea / ternampak port makan yang berkenan di hati... bolehlah singgah.

Pusing punya pusing...

~ ... akhirnya kita ke Restoran Hadramawt Towers, pekena nasik Arab lah!

~ Lapor giler & sodap. Memang kombinasi yang sesuai secocok sepadan sangatlah!

Terima kasih, Oppa sebab belanja perut isteri. Semoga murah rezeki Oppa. Aminnn... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SELAMAT MENCARIK DUIT KAHWIN

#Throwback

Tema majlis pertunangan Bulat adalah merah. Mertua jemput family aku untuk join rombongan meminang. Family aku on..! Even diorang lagik poyo, pakai sedondon warna merah. Ha3...

Family aku memang cenggini. Gigih follow tema. Over tu kiranya 'penyakit keturunan' kitorang la... He3...

~ Tak buat baju baru pun... Recycle baju sedia ada. Yang penting, pembawakan tu maintain gorgeous. Ahaks...

Sehari sebelum majlis, aku & Oppa balik rumah mertua. Tido sana. Pagi2, lepas breakfast, berdesup ke rumah Mother. Sebab Mother & Kakak tumpang kami. Mr. Livina Abang dah full dengan 'tentera2nya'.

~ Standby kat rumah Mother.

~ Hantu selfie.

~ Cubaan meniru bibir Angelina Jolie. Ha3...

~ Bergolek2 pulak dah...

~ Couple merah.

~ Sangat menepati tema.

~ Tunggu Kakak kunci pintu pun sempat lagik..! He3...

Tunggu kat Taman Manik, tepi jalan. Kemudian, konvoi.

~ Sekejap je dah sampai. Dekat kekdahnya...

~ Cik Amalina, youngest biras to be.

~ Merisik sudah, meminang pun sudah.

~ 'Didera' makan sireh. Idea Awa. Ha3...

~ Tumpang 'populariti' kejap. Heh3...

~ Sedondon. #Chiaaa3 ;D


~ Hantaran. Merah berbalas purple.



~ Restu family. Konsep ia: Restu + selfie / wefie banyak2. Ha3...

Kata putus dah dapat. Janji dah termeterai. Tuan rumah jemput menjamu selera. Moh le kita..! Lapor kot..! ;P

Menu simple & menyelerakan. Nasik putih + sup ayam + ikan goreng + acar timun + sambal kicap + apa ntah lagik... lupa... tapi, sumpah sodap! Ummpphhh... kat tekak aku..! Heaven je makan. Owh... nom3..!!!

~ Setel. Perut kenyang. Sodap giler!

~ Setel jugak.

~ Dengan biras & adik ipar.

~ Biras kuasa 2.

~ Adik-beradik My MIL.

~ Keletah anak2 sedara.

~ 'Baby sitters.' He3...

~ A-im & family daebak! Ikut tema.

~ Dah, jom balik! Tapi, still gigih nak selfie. Menung tuan rumah tengok perangai tetamu agaknya. Ha3...

Setel dah 1 urusan keluarga mertua. Good luck, Bulat! Selamat mencarik duit kahwin. He3...

Selamat bertunang, Bulat & Amalina..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #118: SHARING REZEKI

~ Untuk santapan family mertua.

Sharing rezeki. In shaa Allah... barakah.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, March 17, 2017

BUKAN SEKADAR MAGGI

Balik kerja, rest 5 minit. Sambil2 tu, layan social media.

Hokay, dah 5 minit. Capai vacuum & mula menyedut habuk2, sawang2 & debu2 (jika ada). Makan masa dalam 15 minit jugak la...

Kemudian, cek stok grocery. Apalah yang nak dimasak untuk dinner?! 

Tetiba... tingggggg......!!! ;P

Nampak & menjumpai bahan2 berikut:-

Maggi Kari Letup
Carrot
Kobis 
Fishball
Telur ayam
Daun sup

Bawang toksah cerita la... In shaa Allah, ada. So, paham2lah apa yang ah kak nak masak untuk dinner pada malam tersebut, ek! ;)

~ Tarat tat taraaa..!!! Heh3... Bukan sekadar maggi...

Tapi, sejenis hidangan yang dimasak dengan penuh kasih, sayang & cinta. Ecewah..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, March 14, 2017

BAKAL PERSINGGAHAN WAJIB

#Throwback

Nak kahwin dah adik ipar aku yang bongsu... Encik Bulat.

Cepat pulak rasanya masa berlalu. Macam baru semalam hantar dia further study kat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kuantan, Pahang. Tup2... dah habis degree... dah nak kahwin... 

Dimulakan dengan majlis merisik. Normally, majlis merisik + bertunang buat sekali harung. Tapi, yang ni mertua insist nak asingkan. Reason: Rumah bakal besan adalah dekat. 15 minit dah sampai.

~ Ahli2 rombongan merisik.

~ Ketua rombongan. ;)

~ Mak Anjang Athirah paksa Athirah selfie. Athirah redha je. He3...

Kerja simple. Takde pantun2 pembuka kata bagai... Straight to the point je. Tetapkan tarikh bertunang kemudian, makan2. Laksa mokcik tu sodap baq hang..! Sharing makan dengan Athirah. Nak cover pelahap. Ha3...

Oppa, Awa & Roy kata, kuih ketayap mokcik tu pun sodap. Secukup rasa. Isk3... memang boleh jadik port persinggahan wajib di hari raya nih. Ha3...

Sekarang ni, memang konsep pejam... celik... pejam... celik... je kan? Pantas! Semuanya laju. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, March 13, 2017

BERKELIP2 MINTANG

IC dah gorgeous. Maka, mood makan pun datang berduyun2...

Haaa... nampak tak cobaan nak buat perkaitan antara 'IC' dengan 'makan' tu..? Buat2 logic jerrr... Ha3...

~ Dinner kat sini. Nasik Arab, u ols..! Ahaks...

Restoran Hadramawt Towers. Kategori baru bukak jugak la... Tengok nama restoran pun dah boleh agak apa menu yang di serve kat sini kan... 

~ 2 beranak yang gigih selfie. Always. Ha3...

~ Konsep sengetkan muka untuk nampak kurus... walaupon... Ha3...

~ Gebu & sodap.

~ Sodap, sodap & sodap. Kecuali air strawberry juice + asam boi tu yang terlebih manis.

Semuanya superb! Dari environment ke service membawak ke sajian hidangan. Semuanya tak mengecewakan. Nasik Arab the best in town I've ever had, so far. Hah, speaking London dah dia..! Nak speaking Arab tak berapa fluent. Redah je la speaking London. Kengkonon omputih mix Arab la ni... Ha3...

~ Diakhiri dengan Mother yang gumbira... ;D

Restoran Hadramawt Towers,
No. S1-G (Tingkat Bawah), Jalan Pasar,
Pusat Komersil Sentral Intan,
36000 Teluk Intan, Perak.

No. Telefon: 011-51297550 (Encik Wael Mohammad Saleh / Managing Director)

Rating: 4.5 / 5 mintang

Haaa... berkelip2 mintang ia..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



JETI BETING BERAS BASAH

IC dah buruk. Tak kemas. Tak sweet. 

Gambar kat IC tu pun... ya amponnn... punya la huduh piang! Zaman rock & roll sangat..! Dengan tudung yang ada gelembung udara. Choiii..! Sebenarnya, inilah alasan sebenar. Bukan faktor keuzuran & keadaan fizikal IC tersebut. Wajib tukar baru wooo..! ;P

Nak amik gambar baru. Dengan wajah baru yang kengkonon cun bak #SongJiHyo jadian tuh. Takmo dah tudung gelembung udara. Nak instant shawl Lily by Benang Hijau jerrr...

Owh... sungguh poyolah kau nih! Ha3...

IC Mother lagik la... Teruk nau2 rupa paras ia! Nak diceritakan pun tak sampai hati. Sedeh! Hu3... Hukum wajib tukar jugak. Kasik wajah yang cun bak Nelopar. Eceh! ;P

~ Venue penukaran IC: JPN, Bagan Datuk. Orang kata, tak crowded & pantas.

Hmmm... memang betul pun apa yang 'orang kata' tu. Prosedur tak amik masa lama. Cepat je sampai ke nombor giliran kita. Maksudnya, tak crowded lettew..! Baguih! ;D

~ Sempat jugaklah menjejaki Jeti Beting Beras Basah. Eh, tapi tak jejak pun..! Berpusing2 dalam kereta je.

Setiap Sultan Perak & Raja Perempuan yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan pusaka, bersiram tabal + beberapa upacara lain. Masa tu, memang crowded lah tempat ni. Dibanjiri oleh kadatangan rakyat jelata, tourist & paparazzi. Hotel2 & homestay2, semuanya full booked.

Tapi, kalau takde istiadat pertabalan, lengang je. Macam masa kitorang pergi tu.

Berbalik kepada kesah IC baru...

Bila gambar kat IC dah se-gorgeous #SongJiHyo & Nelopar, barulah bersemangat nak menatap IC lama2. Kejap2, keluarkan dari wallet. Simpan balik. 5 minit kemudian, keluarkan lagik. Tenung lama2 tanpa sekelumit perasaan jemu mahupun annoying. Maksudnya, keluarkan & tengok IC tanpa asbab. Sesaje cenggitu je kekdahnya... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, March 9, 2017

DARI SIMPLE KE MEMORABLE

Abang roger2 kat WhatsApp. Ajak berpoya2 & berlibur. Destinasi: Ipoh.

Aku baru bangun tido. Terkulat2 baca mesej. Nampak je perkataan 'jalan2' & yang seumpamanya, mata segar-bugar, noks..! Tiada lagik terkulat2 mahupun mamai. Sesegar embun pagi terus! Ha3... Dasar sangat..!

Tapi, aku tak boleh decide sebab Oppa kerja. Tunggu Oppa reply WhatsApp je la... Reply jawapan selamat je kat Abang. Suruh diorang gerak je dulu. Tak payah tunggu kami. Tak perlu konvoi. Ada rejeki, kita jumpa kat mana2. Cenggitu...

Oppa reply, boleh katanya... Tapi, lambat sikit. Tunggu dia setelkan kerja.

Yahoooooo......!!!!!! Melompat mintang ah kak! He3...

Meeting point dengan rombongan Abang: Gopeng kot... Kat restoran apa ntah nama dia?! Lupa. Lunch terus. Cuaca adalah hujan renyai2. Hujan pulak adalah lapor. Nampak sodap je semuanya. Isk3...

Lepas tu, baru konvoi. Menuju ke AEON Mall Ipoh Klebang.

~ Jumpa Traditional Archery Camp. Selfie seketoi.

~ Eh, tak! Berketoi2 sebenarnya. Ha3...

Sedang berjalan2 je ni. Tup2... terpandang Traditional Archery Camp. Macam best. Macam menarik. Oppa singgah. Tanya itu, ini... cenggitu, cenggini... costing, bla3...

~ Terus terjebak!

~ Bidikan tu tak accurate pun takpe. Yang penting, perut tu menonjol. Ha3...

~ Acah2 Katniss Everdeen. Ecewah! Hiks...

~ Adik ipar Katniss Everdeen. ;P

~ Anak Katniss Everdeen maintain Ottomen Mebius. Ha3...

~ Jalan ke depan sikit, jumpa port cantik, selfie. Cenggitu je konsep pada hari tersebut.

Lepas tu, lapor. Laju je berjalan, carik food court. 

~ Ottomen Mebius kalah dengan chocolate pretzel Auntie Anne's. Ha3...

Menu pilihan: Sizzling mee, Auntie Anne's pretzel, tomyam, fish 'N' chips, bla3...

~ Yang ni lagik sadis. Hilang imej bakal pemanah negara serta-merta! Choiii..!

~ Selepas kenyang, konsep selfie masih diteruskan. Bersemangat sebab perut dah bulat. Ha3...

~ Kegigihan selepas kenyang. Orang lalu-lalang terjenguk2, terintai2, terskodeng2... don't care..! Ha3...

~ Even lepas tu, ramai pulak yang terjebak berselfie macam kami. Trend setter lah kiranya! Bangga. ;P

~ Menggumbirakan Mother.

~ Papa, anak2 & mak sedara... sama2 over! Ha3...

~ #Chiaaa3 Ahaks...


~ Nania duduk dalam troli je kot..! Tapi, terus happening selfie. Kompom tak syak lagik... sawan camera + sawan jalan2. ;D



Jangan jadikan mende yang simple tu kekal simple. Simbahlah dengan warna. Pilih yang cantik2, yang striking, yang menaikkan mood happy. Nescaya, yang simple boleh jadik memorable. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google