SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, March 5, 2012

MUZIUM KAPAL SELAM

Cerita Melaka tak habis lagik tau! Saja je selang-selikan dengan kesah terkini & makanan. ;)

Turun dari Menara Taming Sari, kami semua terus ke Dataran Pahlawan. Nak menyopping apa2 yang patut. Kat dalam tu kami semua berpecah. Means, ikut suka hati ko lah nak ke mana kan...

Tetiba aku ternampak blouse yang tengah in sekarang nih! Dah lama kot aku termengidam nak merembat barang sehelai. Tup2 terjumpa pulak kat Melaka ni kan... Macam2 kaler ada! Cantik2 pulak tuh! Purple yang paling tak menahan tuh!

Cepat2 fitting! & cepat2 tanggalkan balik sebab tak muat! Takpe... maybe takde rezeki nak grab yg purple. Try orange pulak. Owh... nehi3... jugak! Coi betul! Terus rasa nak lempang orang yang buat blouse tuh sebab buat blouse kecik2! (Tak nak ngaku badan sendirik yang semakin membesor bagai johan. Adeh3...) Sentapahkak, noks! Uhuks3...

Merajuk! Terus pergi kedai lain, carik baju untuk mak & nenek. Tetiba abah roger2 kata diorang dah siap shopping. Tinggal tunggu kami je lagik. Terus kelam-kabut aku pilih2 baju untuk mak & nenek. Bayar & chow!

Sempat lagik menyinggah kat kedai jual produk2 macam gula kabung, belacan ngan cencalok. Beli gula kabung buat souvenir bebudak opis. Abah dah roger2 lapanploh kali dah time tuh! Last2, diorang gerak dulu. Hu3...

~ Sebenornya, nak gerak sama2 ke Muzium Kapal Selam nih. My 'sayang' yang teringin sangat nak tengok. Kalau tak dapat tengok kapal selam, tak nak balik Perak katanya... Haish!

~ Giler besor kapal selam tuh! Eh, ada ke kapal selam saiz S? Heh3...

~ Betapa kecik & kiutnya ah kak di samping kapal selam yang giant itu...

~ Peace, ya'll..! ;D

~ Bajet gaban merangkap badang sangat la tuh... konon2 terlarat la nak angkat kapal selam tu kan... He3...

Lokasi Muzium Kapal Selam ni adalah di Pantai Klebang, Melaka. Actually, belum jadik muzium pun lagik... Diorang just displaykan kapal selam tu untuk tontonan umum je. Means, muziumnya still under construction. Nanti kalau dah betul2 siap, boleh la terjah lagik.

Insyaallah...

Tapi, yang tak berapa nak siap tu pun my 'sayang' dah teruja habis kot! Kalau dah siap, mau dia bawak kelambu tido dalam kapal selam terus! He3...

Dari Pantai Klebang, kami berdesup pulak mencarik kedai makan sebab perut memasing dah berkeroncong. Singgah kat restoran apa ntah... lupa la pulak namanya. Ramai gak yang menjamu selera kat situ. Plus, kalau tak silap aku, restoran tu pernah masuk dalam rancangan Warung Kita. Fames amos la kot kan...

Lepas makan, Udda ajak singgah Cowboy. Aku ingatkan menatang apalah Cowboy ni kan... Rupanya pasaraya, dowh..! Udda nak carik goodie bag untuk wedding dia. Yang veteran2 pulak busy mencarik pinggan-mangkuk, kendi bagai... Aku ngan my 'sayang' berpusing2 takde hala tuju. Last2, terbeli alas kaki ngan talam. Buah tangan dari Cowboy kata ko! Jadiklah..! ;P

Setel semua urusan, terus berdesup pulak balik KL & finally ke Perak...

~ Tetiba mereka bercamwhore kat belakang. & ah kak jeles! ;P

*Tamat...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

BARU SEMALAM MENTERI PERTAHANAN DATANG BUAT PENYERAHAN RASMI KAPAL SELAM ITU KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA. INSYAALLAH, DALAM BEBERAPA KETIKA NANTI MUZIUM INI AKAN DIBAIKPULIH DAN TERUS BOLEH DINAIKI KE DALAMNYA UNTUK TATAPAN UMUM.. DARI BULAN JANUARI 2012 HINGGA KINI, MUZIUM INI TELAH DIDATANGI SERAMAI 43,000 PENGUNJUNG. PADA PENDAPAT SAYA, MUZIUM KAPAL SELAM INI MERUPAKAN SATU LAGI TARIKAN TERUNGGUL DI NEGERI MELAKA KELAK.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
oic.. good news! & good for malacca itself. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google