SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 10, 2012

BOLA2 API

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Ko mampu nak masak 'bola2 api'..??? Hah! Kalau tak mampu, meh tengok orang yang mampu masak! Heh! ;P

Bahan2:-

1/2 peket fishball (dibelah 2)
1 keping fishcake (dihiris)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
2 keping tauhu
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil sos tiram
2 batang sosej (dipotong)
1/2 biji bunga kobis (dipotong)
2 biji bawang putih (dicincang)
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap manis
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan serbuk kunyit & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat & toskan. Bila dah sejuk, potong tauhu kepada 6 bahagian setiap 1.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan sos tiram, kicap masin & kicap manis.
5) Masukkan carrot. Masak seketika hingga carrot separa empuk.
6) Masukkan bunga kobis. Kacau seketika.
7) Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi, fishball, fishcake & sosej. Tuangkan air masak sekiranya terlalu kering. Masak seketika. Angkat & taburkan daun sup sebagai hiasan.

~ Bola2 Api. Macam lagu Nana & Arwah Achik (Spin) je kan? Hiks...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google