SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 17, 2012

BUAT KE SEKIAN KALINYA...

Sampai ke malam kitorang jalan2 pusing2 Melaka. Eh, takde la pusing2 sangat pun! Dari Tanjung Bidara terus ke Melaka River Cruise je pun... ;P

~ Acara wajib! Berposing kat entrance Melaka River Cruise. Heh3...

~ Diorang ajak dinner kat salah 1 gerai kat situ. Owh... ah kak ok jerrr...

~ Ko mampu buat meja bentuk L kat kedai makan??? Ha3...

Makanan kat stall tu biasa2 je la... Yang goreng2 gitu..! My 'sayang' kononnya nak diet, takmo makan. Tapi, bila bihun goreng aku sampai, laju je capai sudu, tumpang mencedok. Apakah..??! Ha3...

Sambil makan, sambil sembang... Lepas tu, ada pulak yang buat lawak. Lepas tu, gelak beramai2. Gelak bukan gelak jenis sopan control ayu / macho. Tapi, gelak tahap meja bergegar kot! Ha3...

Sekali-sekala kan... ;)

Lepas makan, aktiviti adalah bebas. Ada yang sopping souvenir... ada jugak yang jalan2... Kiranya, sukahati ko la nak ke mana kan... Asalkan jangan sesat-barat dah! Kang nak balik dah tak cukup kuorum pulak kang.

~ Aku ngan my 'sayang' layan performance dari family comel nih. Tak tau la diorang ni 1 family ke tak. Aci agak2 je. Sebab diorang didatangkan dalam pelbagai saiz & usia. Nampak macam 1 family. He3...

Diorang menyanyi + menari. Abang yang kat tengah tu menyanyi then, anak2 dia (aku agak2 je nih) akan menari. Lagu semua yang catchy2. Boria pun ada kot! 

Persembahan yang comel bagi aku... ;)

Cuk Dam ajak naik cruise. Tak semua yang nak join. Aku, my 'sayang', Kak Long, Aril, Jiji & Erna (tunang Aril) je yang mengjoin Cuk Dam + family. Yang lain semua nak balik dulu sebab dah flat. Penat sangat katanya... Faktor usia jugak kot. He3...

Macam aku pulak, aku jenis boleh layan walaupun tempat tu aku dah pergi lapanploh kali. Asalkan namanya berjalan2 bersuka-ria, aku ok jerrr... Excited! Well... ah kak kan over..! Ha3...

Lewat malam jugak la sampai kat homestay. Sebab sesat-barat! Dah la sesat, terpisah dengan Cuk Dam pulak tuh! Berpinau bijik mata mencarik jalan pulang. Adeh3...

Alhamdulillah... selamat sampai... Fuh!

Esok pagi check out, terus ke Nilai 3. My MIL nak menyopping. Aku sempat la jugak rembat tudung 2 helai & belikan mak sehelai tudung jugak. 

Kalau ikut plan asal, nak ke Port Dickson (PD). Tapi, macam dah lewat kan... plus, semua pun macam flat je... so, cancel! Lepas sopping kat Nilai 3, terus balik.

Sekian...


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google