SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, March 13, 2017

JETI BETING BERAS BASAH

IC dah buruk. Tak kemas. Tak sweet. 

Gambar kat IC tu pun... ya amponnn... punya la huduh piang! Zaman rock & roll sangat..! Dengan tudung yang ada gelembung udara. Choiii..! Sebenarnya, inilah alasan sebenar. Bukan faktor keuzuran & keadaan fizikal IC tersebut. Wajib tukar baru wooo..! ;P

Nak amik gambar baru. Dengan wajah baru yang kengkonon cun bak #SongJiHyo jadian tuh. Takmo dah tudung gelembung udara. Nak instant shawl Lily by Benang Hijau jerrr...

Owh... sungguh poyolah kau nih! Ha3...

IC Mother lagik la... Teruk nau2 rupa paras ia! Nak diceritakan pun tak sampai hati. Sedeh! Hu3... Hukum wajib tukar jugak. Kasik wajah yang cun bak Nelopar. Eceh! ;P

~ Venue penukaran IC: JPN, Bagan Datuk. Orang kata, tak crowded & pantas.

Hmmm... memang betul pun apa yang 'orang kata' tu. Prosedur tak amik masa lama. Cepat je sampai ke nombor giliran kita. Maksudnya, tak crowded lettew..! Baguih! ;D

~ Sempat jugaklah menjejaki Jeti Beting Beras Basah. Eh, tapi tak jejak pun..! Berpusing2 dalam kereta je.

Setiap Sultan Perak & Raja Perempuan yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan pusaka, bersiram tabal + beberapa upacara lain. Masa tu, memang crowded lah tempat ni. Dibanjiri oleh kadatangan rakyat jelata, tourist & paparazzi. Hotel2 & homestay2, semuanya full booked.

Tapi, kalau takde istiadat pertabalan, lengang je. Macam masa kitorang pergi tu.

Berbalik kepada kesah IC baru...

Bila gambar kat IC dah se-gorgeous #SongJiHyo & Nelopar, barulah bersemangat nak menatap IC lama2. Kejap2, keluarkan dari wallet. Simpan balik. 5 minit kemudian, keluarkan lagik. Tenung lama2 tanpa sekelumit perasaan jemu mahupun annoying. Maksudnya, keluarkan & tengok IC tanpa asbab. Sesaje cenggitu je kekdahnya... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google