SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 19, 2017

TAK MEMBAZIR KECUALI...

Kisah iftar...

Tak sempat berbuat apa2. Balik kerja pukul 5.00 petang, terus berdesup amik Mother sebab esoknya nak bawak Mother ke hospital. Ada appointment result ujian darah, hypertension & diebetes. 

Owh... aku tak amik waktu anjal yang boleh balik awal pukul 4.30 petang tu. Sebab rasa macam takde keperluan berbuat cenggitu je. Tapi, kalau tahap keanjalan dia tu membawak sampai boleh balik awal pukul 1.00 petang, kompom aku orang pertama yang sign. Ha3...

Amik Mother & berdesup pulak ke PARAM Teluk Intan. Makanya, menu iftar pada hari tersebut adalah dari PARAM semata2.

Nasik Tomato (Aku)
Nasik Ayam (Mother)
Nasik Kukus Ayam Goreng Berempah (Oppa)
Air Kelapa
Jus Mangga
Kuih-muih

Semua habis, sold out, tak membazir kecuali air kelapa tersebut sebab terlajakkkkkk...... manis. Simpan dalam fridge, sampai ke sahur pun still 'tak laku2'. Manis tahap potong kaki, weh..! Ngeri nak minum!

~ 2 beranak yang kurang kerja sementara tunggu nak pergi tarawikh. Mother layannn... je. He3...

Lepas tarawikh, pergi mengopi kat Mutiara Seafood. Mother makan mee goreng. Oppa makan apa ntah?! Lupa... Aku tak makan sebab gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati sangat! Mata macam kena gam. Jenuh nak bukak. Tak semenggah. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google