SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, June 9, 2017

TERLAJAK 10 MINIT

Wake up call Mother adalah pukul 4.00 pagi. Alarm handphone aku pukul 4.15 pagi. Tapi, aku terjaga pukul 4.45 pagi, weh!!!

Bangun meloncat! Terkulat2 gosok mata & terus berasa ngeri! Ngeeeeee3......

Cuba bawak bertenang (walaupon...). Takpe... Yang penting, strategi.

1. Reheat nasik
2. Amik 2 pans. 1 untuk reheat lauk leftover. 1 lagik untuk masak #SimplySardin. Risau. Takut lauk leftover tu tak berapa sesuai untuk sahur. Jenuh nak tujah masuk dalam mulut. So, sardin sebagai 'penyelamatlah'.
3. Gunakan 'talian hayat' iaitu Oppa. Mintak tolong banchuh air sarsi suam.

~ Pukul 5.15 pagi, done!

Nasik putih
#SimplySardin (masak)
 Asam pedas ikan (leftover moreh)
Gulai Lemak Ikan Masin Bersama Terung (leftover moreh)
Sup Ayam (leftover daripada My MIL)
Anggur
Air Sarsi Suam
Air suam

Waktu normal sahur kami adalah 5.00 pagi. Terlajak 15 minit tu umpama telur di hujung tanduk kekdahnya... Sebab konsep makan sahur kami adalah bertenang, chill2 sambil sembang2 & #WatLekWatPeace. Sambil makan sambil menjaga keharmonian rumah tangga gitu..! Ha3...

So, bila waktu sahur jadik 5.15 pagi, cuak jugaklah jadiknya! Makan tak bercakap. Aci sumbat je. Walaupun kadang2 tersasul rasa nak menyembang...

"Oppa, tadi kan... eh2, makan dululah! Cerita bersambung lepas imsak, ek!"

Oppa jawab pun aci angguk2 je. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



3 comments:

Wak Lat said...

dah mlm lailatulqadr ni mkcik., hehe2

Nour Adieb said...

Waktu sahur kami pula kadang2 3.15-3.30-3.45... sebab imsak dalam jam 4.30 gittew. mamai2 bangun sahur 😂

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nour Adieb,
wow, awal betul! tp, ye la.. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google